Assalamualaikum,
Lama sungguh aku tidak mencoretkan
sesuatu di ruang ini. Titipan akhir untuk dibaca kali hanyalah pada 20
Oktober 2011 yang lalu berkisar mengenai coretan berada di Pulau Pangkor bagi
menghadiri Team Building anjuran CIDB. Satu pengalaman menarik bagi ku.
Terima kasih Allah dan Suami ku.
Kini aku melangkah kembali ke sini
demi mencurahkan sedikit luahan hati dan pengalaman seawal tahun 2012 yang
telah aku laluinya sehari-hari bersama Suami, anak-anak dan rakan sekerja ku.
Januari 2012, kesibukan bermula untuk menguruskan
proses kemasukan sekolah anak-anak ; Razman dan Raziq. Razman anak sulungku
telah menaiki kelas tahun 2 Dedikasi di Sekolah Kebangsaan Taman Nirwana, Ampang. Dan Raziq pula aku masukkan
dia di Tadika Agama An-Nur, Kampung Cheras Baru.
Razman ,
Anak sulungku ini, pada awal
persekolahanya dia tidak berapa gemar dengan suasana sekolah barunya yang jauh
dari kawasan rumah kami. Namun semangat sekolah itu telah meresapi masuk dalam
jiwanya yang mana aku lihat dia sudah mulai serasi dengan persekitaran dan pergaulan
dengan kawan-kawan baru. Tatkala itu, dia kini mampu mengorak langkah untuk
naik kelas dari 1 Ilmuan (kelas ke 9) ke 2 Dedikasi (kelas ke 4) dengan berkat
usahanya serta kehendak Allah yang maha pengasih. Dari riak wajahnya dia amat
bersungguh-sungguh dalam menghadiri sesi tahun 2012 ini.
Raziq,
Anak ke-2 ku ini pula
lain kisahnya. Ye la..fahamlah kita sebagai Ummi memang dugaan untuk setiap
anak-anak berbeza-beza. Dia ku lihat berbeza perwatakan nya. Disangkakan dia berani
menghadapi situasi baru di Tadika Agama An-Nur
ini tetapi rupa-rupanya dia tidaka dapat mengawal perasaan takutnya.
Tahun 2011, aku sekolah kan dia di Tadika Perpaduan. Saja aku tukarkan tadika
demi memberi dia peluang merasa suasana berbeza-beza. Hari pertama di
Tadika....dia menangis..kasihan aku melihatnya.
Tapi selang 2 hari, aku curi-curi
lihat di luar tingkap Tadika, dia dah boleh mengawal emosi dan keseronokan
terpancar di riak wajahnya. Senang hati Ummi Nak!!.
Februari 2012, Persekolahan
berlangsung seperti biasa, rutin kerja harian ku pun sama. Cuma bulan ni sibuk
dengan urusan di ICW2012. Menarik pengalaman itu, kerana berada di satu majlis
besar yang berlangsung di KLCC.
Di bulan Februari 2012, Suami dan
aku telah mengambil peluang untuk sekali lagi menjelajah highway Kuala lumpur
sehingga ke Hatyai dan Songkla , Tailand yang bermula pada 4 feb 2012 dan
berakhir 6 Feb 2012. Kali ni aku tinggalkan anak-anak bersama ibu mertuaku di
Taman Cempaka sahaja, tidak seperti kebiasaan aku ride aku tinggalkan mereka di
Jengka 20. Alhamdulillah semua berjalan dengan baik. Pergi dan balik aku layan
perjalanan tu tanpa ada rasa mengantuk (eh iye ke..??)
Sedikit bingkisan dari aku untuk tatapan:
Sebelum masuk ke Sempadan. nak beli insurans jap..nampak di belakang tu fajar dah menyising |
Setiba di Border Dannok, Thailand |
Besar juga bilik hotel ni. |
Suasana di sekitar Bandar Hatyai, sambil berjalan kaki mencari makan, lenguh juga kaki!!! |
Akhirnya sampai juga kat kedai makan ni |
Cu tengok ape dia buat!! |
Miow Miow.... |
Ada lagi ke ayang Baht nye?? nak beli lagi ni |
Berhenti rehat ..kita minum dulu |
Pulut |
Standby ..dah nak balik |
POSING TIME |
Mac 2012, pejam celik pejam celik
dah bulan Mac kan!! Sekejap je masa berlalu.
Bulan ini aku dah stabil dari segi emosi, kewangan (alhamdulillah) dan
kesihatan juga alhamdulillah. Syukur Allah masih panjangkan umur ku untuk terus
mencari rezeki dan beramal kepada mu Ya Allah!!
Peluang selepas gaji, untuk pertama
kali dalam tahun 2012 ni aku keluar ke Jalan TAR untuk shopping....hah
Shopping!! Dengar U kalau shopping tu sure belanja sakan kan tapi Aku tidak. Harus
bajet-bajet. Setelah buat temujanji dengan Rina (sahabat ku) jumpa di SOGO,
maka berjalanlah kami ke satu kedai ke satu kedai. Jiwa wanita memang bergelora
melihat kemeriahan warna warni ceria
kain-kain yang bergantungan itu. Tapi dengan berkat duit yang di bawa Cuma RM50.00
maka mata aku Cuma terus menumpukan kepada apa yang aku cari sahaja.
Alhamdulillah
selamat berbelanja..kami makan KFC di Maju Junction. Terima kasih to Nurul
Hayati sebab tumpangkan aku ke sana , fiza dan Rina tq sebab bawa aku ke
kedai-kedai yang murah-murah ni. Lain kali kita keluar lagi ye. Insyallah!!
April 2012, kini dah pun masuk
April. Aku ada nak beritahu pengalaman baru yang aku dapat pada tahun bertuah
ini iaitu aku dah pandai bawa motor. Hah !! kepada yang memang dah biasa bawa
motor memang tak terkesan la kan. Tapi bagi aku yang memang sebelum ni ala-ala
aje bawa motor cam bawa basikal dengan tak de keyakinan, tetapi sekarang aku
dah berubah. Alhamdulillah berkat pertolongan daripada Allah s.w.t dan dorongan
berterusan dari suami ku untuk membakar semangat aku membawa motor
akhirnya...aku BERJAYA!! Alhamdulillah.
Teringat pula ketika aku
mula-mula menekan pedal minyak kereta, itu la kali pertama aku merasa membawa
sendiri kenderaan ... itu pun berkat pertolongan daripada Allah s.w.t dan
dorongan berterusan dari suami ku dan semangat aku untuk membawa kereta atas
dasar untuk membantu keluarga. Aku harap aku dapat memegang prinsip itu
berterusan.
Dalam sibuk-sibuk kerja dan agenda seharian, aku juga selitkan jadual ku untuk menyertai pertandingan boling anjuran Pusat IBS. Sekretariat nye adalah Aku. Kak azizah pun turut memberi banyak jasa baik dia dalam melaksanakan pertandingan tersebut. Seronok suatu pengalaman baru dalam mengendalikan Tournament Bowling. siap bawa pemain jemputan lagi...Suami ku dan Rina di datangkan khas dari Nilai.
nak tengok kemeriahan nya ; ENJOY!!
Dalam sibuk-sibuk kerja dan agenda seharian, aku juga selitkan jadual ku untuk menyertai pertandingan boling anjuran Pusat IBS. Sekretariat nye adalah Aku. Kak azizah pun turut memberi banyak jasa baik dia dalam melaksanakan pertandingan tersebut. Seronok suatu pengalaman baru dalam mengendalikan Tournament Bowling. siap bawa pemain jemputan lagi...Suami ku dan Rina di datangkan khas dari Nilai.
nak tengok kemeriahan nya ; ENJOY!!
dengan Deena |
Siap sedia tu..tukar kasut |
Add caption |
Aksi Shahril melepar bola |
Puan Rina |
Strike la tu..senyum panjang |
Puan Noraini, Pengurus Besar Pusat IBS |
Warga Pusat IBS dan kekawan yang menyertai tournament Bowling Pusat IBS 2012 |
Ingat nak bawa balik bole ni sebab kalah..tapi tak leh |
Hadiah-hadiah kemenangan dan kekalahan pun ada..jangan tak tau!! |
Agenda seterusnya, hujung bulan
April ni akan berlangsung Pesta Buku di PWTC bermula 27 April -6 Mei 2012.
Insyaallah kalau ikut ape yang dirancangkan aku dan Rina telah membuat
keputusan untuk mencari buku-buku yang berfaedah di sana nanti. Semoga apa yang
dirancang akan dimakbulkan oleh Allah s..w.t. Anyway kepada sahabat taulan
semua, mari kita ke Pesta BUKU !!
ini laman web Kalendar event PWTC:
http://www.pwtc.com.my/calendar/2012/apr/index.html
ini laman web Kalendar event PWTC:
http://www.pwtc.com.my/calendar/2012/apr/index.html
Untuk
kesekian kalinya, aku tutup tirai coretan pertama setakat di sini dulu.
Insyaallah sekiranya ada bingkisan pada masa akan datang akan aku lakarkan
menjadi suatu yang manis untuk tatapan anda sesiapa yang sudi membaca.
Akhir
kata Zikir Taubat dijalinkan untuk sama-sama kita usahakan untuk diingati
setiap masa.
~ Ampunilah Hamba Ya Allah Maha Penerima Taubat
~
Ampunilah Hamba Ya Allah daripada Segala dosa
~
Tambahkan kepadaku ilmu yang berguna
~Dan
berikanlah aku amalan yang dimakbulkan
~ Dan kurniakan lah kepada ku rezeki yang
meluas
~ Dan perkenankanlah taubatku dengan taubat Nasuha
~Amin~
No comments:
Post a Comment