Thursday, January 13, 2011

Permulaan tahun baru 2011

Cemas,
Terkejut,
Trauma,

Perkataan itu yang terlintas di fikiran dan perasaan kami Suami Isteri tatkala pada jam 3.30 petang, 1 Januari 2011, secara  tiba-tiba kami dikejutkan dengan keadaan Afi (anak ke-3; 1 tahun 9 bulan) kejang, tarik.

Semasa kejadian Suami ku mendukung Afi, dan tiba-tiba didapati Afi  kejang. Punca nya dia demam hanya bermula dari pagi. Panas nya meningkat naik dengan cepat.

Dalam keadaan panik yang boleh aku katakan, Suami bergegas ke kereta sambil mendukung afi yang masih belum sedar dan mengeluarkan bunyi, semantara itu aku cuma sempat mencapai I/C anak, Kad Insurans dan Raziq yang sedang tidur aku dukung sambil tangan mencapai kunci kereta.

dan pada ketika Suami ku menyerahkan Afi ke pangkuan ku, baru ku lihat dan dapati mata afi ke atas dan ia betul-betul memeranjatkan aku, ku ucapkan syahadah dan Istighfar berulang-ulang kali. Sambil Suami ku menghidupkan enjin dia menyuruh aku berdoa agar tiada apa-apa berlaku..

Allah!!! masa tu aku rasa sejuk kaki tangan sampai ke otak..dan nafas aku sendiri terasa kurang oksigen disekeliling. Keadaan panik itu juga terpancar dimuka suami ku. Merah muka dia menahan sebak melihat anak kami berkeadaan begitu.

Untuk beberapa ketika dan minit, selepas itu Alhamdulillah Afi batuk dan memanggil nama aku, makna nye dia dah sedar.."Ummi....Ummi......." "ye nak..Ummi ada kat adik ni..jangan tutup mata sayang!!buka!!"..ulang aku.

"Alhamdulillah, Alhamdulillah, Allahuakhbar!!"
Kupanjatkan kesyukuran dan itu saja yang dapat ku ungkapkan...Suami ku bergegas bawa kereta ke Hospital Pantai, Cheras. dan itu yang paling hampir dengan rumah kami. Sambil sebelah tangan memangku Afi, sebelah tangan kanan pula aku lambai terkapai-kapai keluar dari tingkap kereta demi untuk meminta diberi laluan kecemasan kepada kami.

Panas Afi masih terasa...tapi tangan dan mulutnya nampak pucat..

Sesampai di pintu utama Hospital Pantai, Cheras, dengan segera aku dapatkan nurse sementara suami ku pergi parking kereta.

Aku dapati nurse terus membuat tindakan awal dengan menanggalkan baju Afi dan basahkan dia selenjun-lenjun nya. masa tu dia mengigil kesejukan atau panas aku pun dah keliru. yang pasti "alhamdulillah Afi dah sembuh, Cuma puan harus waspada ketika dia demam kemungkinan besar dia boleh dapat kekejangan lagi sekali", itu kata nurse.

Nampak Afi pun dah boleh buka mata dan menangis sekuat-kuat hati dia. aku biarkan nurse buat aje. Disebabkan itu, Afi terpaksa ditahan wad. Sebelum itu, Doktor perlu membuat pengesahan samada Afi demam biasa atau H1N1. kami suami isteri akur.

Selepas satu jam berlalu. keputusan diterima.

sekali lagi berita mengejutkan yang kami terima, Afi disahkan Positif Influanza A (H1N1). aku hanya berdoa pada Allah supaya demam ini tak memudaratkan Afi..

Selepas dimasukkan ke wad..sekali lagi kesian Afi kecik-2 dah cucuk jarum untuk amik darah dan masuk air. selama 4 hari Afi ditahan. Aku, Suami dan Ma (datang dari kampung) menjaga Afi bergilir-gilir.



Kesian Along dan Angah tak dpat nak main sama ngan Afi. masuk dalam wad pun kena tutup muka. untuk elak jangkitan. dan kami diarahkan oleh doktor untuk tidak melakukan aktiviti luar selama 6 hari bermula dos afi pada hari pertama sehingga habis.

Walaubagaimanapun aku terpaksa keluar juga untuk menguruskan perihal sekolah anak yang sulung dan ke-dua tu.

Hari ke 4, Afi dah pulih sepenuhnya cuma dos belum habis. perlu dihabiskan untuk mengelakkan sebarang sebaran wabak tu. sekembali ke rumah ubat terus di berikan walaupun dia menolak. Biasalah kan.. anak-anak.

Akhirnya, Afi pulih sepenuhnya...Alhamdulillah syukur kepada Allah semua dengan kehendak Ia jua.

Doa kami, Afi takkan demam cam tu lagi dah. tak nak lalui situasi cemas cam tu lagi.

Amin Ya Rabbal Alamin..

No comments:

Post a Comment