Thailand negara gajah putih yang sedang bergolak dengan konflik baju merah. Namun kami tetap merancang untuk meneruskan perjalanan ke tanah besar tersebut demi satu persinggahan untuk mengutip pengalaman di negeri orang.
10.20 malam (29-July-2010)
Seawal mungkin Aku dan suami berkumpul di Petronas Rawang. Tepat jam 10.55mlm sementara menunggu member yang lain lagi 4 buah motor berkuasa besar , aku lihat datang lagi deretan sekumpulan KLX 110L off-Road ada la dalam 30 buah. sementara menanti, hujan masih turun renyai-renyai.
11.30 malam (29-July-2010)
masa menanti yang menguji kesabaran |
Penatnye badan menanti dari duduk atas motor Suzuki SRAD 700cc ni rasanye. dah la malam member-member ni pun lum muncul-muncul juga. tapi tak per berkat sabar jam berikutnya tetap menanti dengan sabar.
Bersama Kak dalalah |
12.48 pagi (30-July-2010)
Tiba sudah yang ditunggu-tunggu. cam menanti buah yang gugur..hish korang ni..nasib baik aku nak g ke sana so kena tahan sabar sebab perjalanan masih jauh. So tepat jam 1.15 pagi aku dan member semua mulakan perjalanan yang akan membawa kami terus ke Hatyai,Thailand. Sementara itu sempat akau SMS ucapkan 'Selamat Malam' buat anak2 ku dibawah jagaan Ma di kampung sementara kami berkelana ni. berbekalkan air mineral sebotol dan 1 tankbag kami meneruskan perjalanan dalam cuaca yang sejuk selepas berhenti hujan tadi tu.
Sidi yang menunggang Kawasaki ZZR 600D sendiri melayan belahan laluan malam, sementara Kak Dalalah n Suami membonceng Suzuki Hayabusa atau GSX1300R dengan stabil dan penuh gaya. dan aku tengok pula en Nazir pula dengan Honda CBR1100X Blackbirdnya di hadapan sekejap ke belakang lagak seperti marshall dengan lampu yang terang menyuluh jalan yang gelap.
03.30 pagi (30-July-2010)
Terserempak kami dengan mat-mat KLX 110L tadi, nak wat cam na dek..kami jalan dulu la ye..
7.38 pagi (30-July-2010)
Selamat Tiba di Border Thailand |
disingkat cerita , Alhamdulillah selamat sampai kami di border Thailand (Dannok). Selepas minum pagi kami dapatkan pas masuk dalam 2 jam lagi kami sampai di Hotel Asian, Hatyai, Thailand.
Baru sampai di hotel Asian, Hatyai, Thailand |
Duduk sekejap sebelum Check In |
Aduhyai!! sengal badan rasa cam nak dapatkan khidmat tukang urut aje...tapi katil dah memanggil..masa utk landing..Tidoooo da...
tapi tido kami tak lama...perut berkeriut pula..nak minta makan..so kami bersiap dan pergi ke kedai makan Dyna, satu satunye kedai makan yang best sekali kami pernah makan sebelum ini...memang nasi goreng udang nye marvelous..nasi goreng pataya lagi la kan..Tom yam nye pula..audhyai..menyelerakan...kami semua makan kenyang2 untuk stok sampai malam pula...selebihnya kami jalan-jalan tengok gelagat penjual2 thai macam-macam yang dijual demi mencari sesuap nasi.
7.09 malam (waktu tempatan) (30-July-2010)
Dari hotel kami berpecah membawa haluan masing-masing. Aku, Suami dan Sidi mencari makan untuk lapik perut sahaja. sebelum kami berangkat ke Pesta Hatyai Bike week 4 2010 kami ke bilik sementara bersiap dan solat maghrib, jam 9.00 malam kami dah tiba di perkarangan pesta Hatyai Bike Week 4. bergema lagu siam menusuk ke telinga. dengan ramai orangnye aduh pening kepala jadinya. setelah selesai membeli baju t-shirt buat kenangan, jangan tak de langsung kan..at least nak beli lain2 barang faham2 je la..naik motor nak sumbat mana??
Kenangan di Pintu masuk Hatyai Bike week 4 |
so tak lama la kat sana dalam sejam je, lepas tu kami balik ke Hotel untuk istirehat ..sebab esok ada agenda lain pula.
8.30 pagi (waktu tempatan) (31-July-2010)
Dalam cuaca yang normal cam di Malaysia, cuma dalam bilik aje yang sejuk lepas selesai solat subuh aku tido semula dan bangun jam 8.30 pagi untuk bersiapsedia untuk melawat tanah Songhkla pula.
Dataran Songhkla, Thailand |
Dataran Songhkla |
Fisrt time jejakkan kaki ke situ, kami kena menaiki feri yang menggangkut kenderaan + orang sekali (alah kira cam feri penang la)..nice view..dengan motor-motor kami naik ..
Atas Feri nak ke Songhkla |
Kak Dalalah n Suami |
mata orang tak jemu menengok kami. segan ada..rasa best pun ada..he he he he..
Menara Tinjau Songhkla, Thailand |
dah sampai..berhenti hilangkan dahaga masa dah tunjukkan jam 12.15 tengahari. Oh panas terik hari..dah la 'all black' baju kami..bertambah ngan cuaca ni hangat..hangat..jalan2 pusingnye pusing kami pun naik satu menara kat sana yang boleh tengok seluruh bandar Songhkla ni.
Cantik dan sedap mata memandang bila dah sampai kat atas ni. ye la dapat angin bukit la katakan..relaks sekejap n kami turun semula ke bawah jam dah tunjuk kan masa 1.30 petang.
1.41 petang (waktu tempatan) (31-July-2010)
kami ke tepi laut tengok pemandangan pantai yang bersih dan pekena air kelapa..sejuk sikit kepala rasanya.
Pemandangan dari Menara Tinjau Songhkla, Thailand |
Bergambar di Batu Duyung |
dan tak lepaskan peluang bergambar dengan patung duyung yang sering menjadi perhatian setiap pengunjung ke situ. kira cam tak sah la kalau tak ambil gambar kat situ utk kenang-kenangan kan..dah settle kami balik ke Hatyai.
4.30 petang (waktu tempatan) (31-July-2010)
kami sampai ke hotel Asian
8.30 malam (waktu tempatan) (31-July-2010)
Makan roti canai daaa.. |
di waktu malam ni pula, kami ambil peluang berjalan-jalan sekali lagi di pasar thai sini, untuk membeli sedikit buah tangan buat anak-anak sebab esok kami akan berangkat pulang ke Kuala Lumpur seawal 9.00 pagi mungkin. kalau tak terlajak tidur la...malam tu aku cari sepasang sorang baju utk anak-anak dan t-shirt buat Ma. Melihatkan selain dari baju-baju memang menarik perhatian..tapi tak dapat nak berbelanja sangat sebab ruang tak cukup.
"ape la anak-anak aku buat sekarang ni" "mesti dah tido"..fikir aku...lalu aku ambil telefon suami n make a call..dengar suara mereka dari corong telefon sekurang-kurangnya mengurangkan rasa rindu di hati.
12.00 malam (waktu tempatan) (31-July-2010)
Suami ku dan member-member dia g minum pula. Aku kat bilik hotel ..agenda nye ape lagi..tido time..
Pekena Teh Tarikh dulu |
9.00 pagi (waktu tempatan) (01-Ogos-2010)
kami bangun pagi dengan badan yang dah recover penat itu hari...untuk teruskan perjalanan pulang ke Kuala Lumpur. Berbekalkan minum pagi Menu Nasi Goreng Udang di Dyna Restoran, kami bergerak ke Border Dannok, untuk dapatkan pass keluar dari Tanah Gajah putih itu.
Makan di Dyna Restoran |
Perjalanan pulang, berhenti sebentar di BPH petrol untuk mengisi tank penuh.
Kami berangkat pulang dengan kelajuan 160-210Km/Hr dengan konsisten, Sementara itu, jam 12.30 tengahari kami sempat ke kampung Nazir untuk berhenti rehat, makan dan solat sebelum meneruskan perjalanan kembali pada jam 2.00 petang. memandangkan cuaca agak redup kami terus berangkat ke Kuala Lumpur untuk mengejar masa terus pulang ke Jengka untuk mengambil anak-anak yang sedang menanti kami pulang.
5.30 petang (01-Ogos-2010)
kami sampai di rumah berhenti rehat sebentar dan kembali ke lebuh raya karak untuk menuju ke Jengka bertemu anak-anak tersayang. rindu Ayah Ummi pada korang semua.
7.30 malam (01-Ogos-2010)
kami selamat tiba di Jengka dan selamat menunaikan solat maghrib. Anak-anak yang kami tinggalkan selama 3 hari itu..alangkah seronok dan gembira bertemu kami semula.Alhamdulillah aku panjatkan kesyukuran ke atas Mu ..
Ayah Ummi SAYANG KAMU....
Lain kali Ayah Ummi akan usahakan untuk bawa kalian bersama-sama ke sana kelak. INSYALLAH!!!!
Di Jengka bersama anak-anak. Miss U'll. LOVE U MUCH |
Alhamdulillah perjalanan kami selamat
memang gempak!!!
ReplyDelete