Team Building SPTI 2011
Satu pengalaman baru bagi diri aku, yang mana aku menyertai nye buat julung kali selama sudah sekian lamanya bekerja di CIDB, baru kali ini berpeluang untuk aku mengikuti kursus sebegini rupa. Hebat!! itu satu pencapaian bagi aku dan ia satu pengalaman baru meskipun aku sebenarnya tidak menggemari aktiviti sebegini. Dek kerana atas dasar KERJA, aku merelakan diri dalam keterpaksaan.
Pengalaman manis, Alhamdulillah begitu banyak yang dapat aku garap demi untuk mempertingkatkan mutu kerja.
Perjalanan kami bermula di Lobby Grand Seasons Hotel Kuala Lumpur. Jam 7.30am lagi aku telah tiba di sana. Ucapan jutaan terima kasih aku tujukan khas buat SUAMI KU TERCINTA kerana sanggup menghantar aku ke sana, meskipun berat untuk nya melepaskan aku pergi walaupun seketika. Sebab juga dada menahan sedih, untuk meninggalkan suami serta anak-anak semata-mata untuk aku memenuhi tuntutan ini. Tapi aku terpaksa akur!!!
Dapat dilihat di perhentian bas, dah terpacak Kak Anisa (ingatkan aku yang terawal) ..tahniah untuk akak..sebab dah jadi insan yang menepati masa. Seorang demi seorang muncul. Suami ku yang tidak sempat menunggu aku berangkat telah berlalu pergi ke tempat kerja atas tuntutan kerja yang memerlukan beliau masuk awal hari jumaat tu.
Matahari mulai menjengah ke wajahku menyebabkan silau mata memandang. Ku buka poche Bag untuk ku ambil kacamata hitam untuk menutupi silau mata memandang. dan kini tiba masanya kami memasukkan segala keperluan ke dalam isi perut bas. Kawanku Dek Faz, mengambil tempat di hadapan sekali bagi memudahkan kami serta bole melihat pemandangan dengan lebih jelas.
Jam 12.00, kami tiba di Jeti Marina, Teluk Batik, Perak. Di sana kami perlu mengambil masa 1 jam lagi untuk menunggu giliran menaiki feri ke Pulau Pangkor. Apa lagi, masa terluang tidak disia-siakan.
Cantik tempat ni... |
Detik-detik berharga tidak disia-siakan dengan setiap minit di garap menjadi memori bersama.
inilah member IBS |
Wajah2 ayu |
Sayang kamu semua |
Kelezzss ko Jah..depan sekali!! |
Tibalah masanya nak naik feri |
Kini tiba kami ke Pualau Pangkor. Sepanjang program aku dapat menjayakan nye dengan penuh semangat kesepakatan...dan akhirnya kemenangan adalah Milik TUAH!! berbaloi-baloi.....
TUAH...Berbaloi-baloi....No 1 Woooo |
Setiap aktiviti yang kami sertai sangat menampakan semangat kesepasukan setiap kumpulan. Sangat-sangat meriah
Malam hari ke-2, kami telah dihidangkan jamuan BBQ oleh pihak penganjur. Ok la..menu nye ..tapi kira bagus la sebab ada hidangan kambing panggang demi memenuhi selera kami. Dah penat seharian dengan aktiviti seperti berkayak dan juga "Treasure Hunt", sangatlah terasa penatnya. sekembali ke Bilik penginapan aku terlebih awal ke Bilik kerana nak mandi dan rehat.
memandangkan keadaan didalam bilik tersangat sejuk dek kerana air-cond yang menerjah hawa malam, aku terus mengenakan sweater dan stoking. dan selimut..sejurus solat aku pun tidur.
"Good Nite My Roomate (kak Elly n Maiza)
No comments:
Post a Comment