Thursday, October 20, 2011



Team Building SPTI 2011


      Tanggal 14 Oktober 2011, bermula lah perjalanan kami warga SPTI ke teluk Nipah, Pulau Pangkor, Perak Darul Ridzuan. Bukan bertujuan untuk bercuti tetapi berkursus " KURSUS PENINGKATAN PRODUKTIVITI PASUKAN (Sektor Pembangunan Teknologi dan Inovasi) bagi tahun 2011.

       Satu pengalaman baru bagi diri aku, yang mana aku menyertai nye buat julung kali selama sudah sekian lamanya bekerja di CIDB, baru kali ini berpeluang untuk aku mengikuti kursus sebegini rupa. Hebat!! itu satu pencapaian bagi aku dan ia satu pengalaman baru meskipun aku sebenarnya tidak menggemari aktiviti sebegini. Dek kerana atas dasar KERJA, aku merelakan diri dalam keterpaksaan.

      Pengalaman manis, Alhamdulillah begitu banyak yang dapat aku garap demi untuk mempertingkatkan mutu kerja.

      Perjalanan kami bermula di Lobby Grand Seasons Hotel Kuala Lumpur. Jam 7.30am lagi aku telah tiba di sana. Ucapan jutaan terima kasih aku tujukan khas buat SUAMI KU TERCINTA kerana sanggup menghantar aku ke sana, meskipun berat untuk nya melepaskan aku pergi walaupun seketika. Sebab juga dada menahan sedih, untuk meninggalkan suami serta anak-anak semata-mata untuk aku memenuhi tuntutan ini. Tapi aku terpaksa akur!!!

      Dapat dilihat di perhentian bas, dah terpacak Kak Anisa (ingatkan aku yang terawal) ..tahniah untuk akak..sebab dah jadi insan yang menepati masa. Seorang demi seorang muncul. Suami ku yang tidak sempat menunggu aku berangkat telah berlalu pergi ke tempat kerja atas tuntutan kerja yang memerlukan beliau masuk awal hari jumaat tu.

      Matahari mulai menjengah ke wajahku menyebabkan silau mata memandang. Ku buka poche Bag untuk ku ambil kacamata hitam untuk menutupi silau mata memandang. dan kini tiba masanya kami memasukkan segala keperluan ke dalam isi perut bas. Kawanku Dek Faz, mengambil tempat di hadapan sekali bagi memudahkan kami serta bole melihat pemandangan dengan lebih jelas.

      Jam 12.00, kami tiba di Jeti Marina, Teluk Batik, Perak. Di sana kami perlu mengambil masa 1 jam lagi untuk menunggu giliran menaiki feri ke Pulau Pangkor. Apa lagi, masa terluang tidak disia-siakan.

Cantik tempat ni...

Detik-detik berharga tidak disia-siakan dengan setiap minit di garap menjadi memori bersama.
inilah member IBS
Wajah2 ayu

Sayang kamu semua
Kelezzss ko Jah..depan sekali!!
Tibalah masanya nak naik feri









Kini  tiba kami ke Pualau Pangkor.  Sepanjang program aku dapat menjayakan nye dengan penuh semangat kesepakatan...dan akhirnya kemenangan adalah Milik TUAH!! berbaloi-baloi.....

TUAH...Berbaloi-baloi....No 1 Woooo

Setiap aktiviti yang kami sertai sangat menampakan semangat kesepasukan setiap kumpulan. Sangat-sangat meriah

Malam hari ke-2, kami telah dihidangkan jamuan BBQ oleh pihak penganjur. Ok la..menu nye ..tapi kira bagus la sebab ada hidangan kambing panggang demi memenuhi selera kami. Dah penat seharian dengan aktiviti seperti berkayak dan juga "Treasure Hunt", sangatlah terasa penatnya. sekembali ke Bilik penginapan aku terlebih awal ke Bilik kerana nak mandi dan rehat.

memandangkan keadaan didalam bilik tersangat sejuk dek kerana air-cond yang menerjah hawa malam, aku terus mengenakan sweater dan stoking. dan selimut..sejurus solat aku pun tidur.

"Good Nite My Roomate (kak Elly n Maiza)


Tuesday, March 8, 2011

SENANDUNG ALFATHIHAH - NURIRSYAD

 Senandung Al Fatihah

 Dengan menyebut nama Mu ya Allah


Yang Maha Pengasih, Penyayang

Segala puji bagi Mu ya Allah

Pemelihara seluruh alam raya



Engkaulah Maha Pengasih dan Penyayang

Yang menguasai Hari Pembalasan

Hanyalah kepada Mu kami menyembah

Dan pada Mu kami mohon pertolongan



Tunjukkanlah kami ke jalan yang lurus

Jalan orang-orang yang Kau beri nikmat

Bukan jalan mereka yang Kau murkai

Dan bukan pula jalan mereka yang sesat



• Album : Nur Irsyad


Munsyid : Nur Irsyad



 

 


Wednesday, February 16, 2011

Hatyai Ride on Chinese New Year 2011

 Sekali lagi untuk permulaan bagi tahun 2011 ni, aku dan suami sekali lagi menjejakan kaki ke tanah gajah putih ni.

Raya cina tu hari la...kebetulan dapat cuti seminggu..
so ini la serba sedikit kenangan gambar2 candit yang sempat dirakamkan..

Enjoy!!












 

Thursday, January 13, 2011

Permulaan tahun baru 2011

Cemas,
Terkejut,
Trauma,

Perkataan itu yang terlintas di fikiran dan perasaan kami Suami Isteri tatkala pada jam 3.30 petang, 1 Januari 2011, secara  tiba-tiba kami dikejutkan dengan keadaan Afi (anak ke-3; 1 tahun 9 bulan) kejang, tarik.

Semasa kejadian Suami ku mendukung Afi, dan tiba-tiba didapati Afi  kejang. Punca nya dia demam hanya bermula dari pagi. Panas nya meningkat naik dengan cepat.

Dalam keadaan panik yang boleh aku katakan, Suami bergegas ke kereta sambil mendukung afi yang masih belum sedar dan mengeluarkan bunyi, semantara itu aku cuma sempat mencapai I/C anak, Kad Insurans dan Raziq yang sedang tidur aku dukung sambil tangan mencapai kunci kereta.

dan pada ketika Suami ku menyerahkan Afi ke pangkuan ku, baru ku lihat dan dapati mata afi ke atas dan ia betul-betul memeranjatkan aku, ku ucapkan syahadah dan Istighfar berulang-ulang kali. Sambil Suami ku menghidupkan enjin dia menyuruh aku berdoa agar tiada apa-apa berlaku..

Allah!!! masa tu aku rasa sejuk kaki tangan sampai ke otak..dan nafas aku sendiri terasa kurang oksigen disekeliling. Keadaan panik itu juga terpancar dimuka suami ku. Merah muka dia menahan sebak melihat anak kami berkeadaan begitu.

Untuk beberapa ketika dan minit, selepas itu Alhamdulillah Afi batuk dan memanggil nama aku, makna nye dia dah sedar.."Ummi....Ummi......." "ye nak..Ummi ada kat adik ni..jangan tutup mata sayang!!buka!!"..ulang aku.

"Alhamdulillah, Alhamdulillah, Allahuakhbar!!"
Kupanjatkan kesyukuran dan itu saja yang dapat ku ungkapkan...Suami ku bergegas bawa kereta ke Hospital Pantai, Cheras. dan itu yang paling hampir dengan rumah kami. Sambil sebelah tangan memangku Afi, sebelah tangan kanan pula aku lambai terkapai-kapai keluar dari tingkap kereta demi untuk meminta diberi laluan kecemasan kepada kami.

Panas Afi masih terasa...tapi tangan dan mulutnya nampak pucat..

Sesampai di pintu utama Hospital Pantai, Cheras, dengan segera aku dapatkan nurse sementara suami ku pergi parking kereta.

Aku dapati nurse terus membuat tindakan awal dengan menanggalkan baju Afi dan basahkan dia selenjun-lenjun nya. masa tu dia mengigil kesejukan atau panas aku pun dah keliru. yang pasti "alhamdulillah Afi dah sembuh, Cuma puan harus waspada ketika dia demam kemungkinan besar dia boleh dapat kekejangan lagi sekali", itu kata nurse.

Nampak Afi pun dah boleh buka mata dan menangis sekuat-kuat hati dia. aku biarkan nurse buat aje. Disebabkan itu, Afi terpaksa ditahan wad. Sebelum itu, Doktor perlu membuat pengesahan samada Afi demam biasa atau H1N1. kami suami isteri akur.

Selepas satu jam berlalu. keputusan diterima.

sekali lagi berita mengejutkan yang kami terima, Afi disahkan Positif Influanza A (H1N1). aku hanya berdoa pada Allah supaya demam ini tak memudaratkan Afi..

Selepas dimasukkan ke wad..sekali lagi kesian Afi kecik-2 dah cucuk jarum untuk amik darah dan masuk air. selama 4 hari Afi ditahan. Aku, Suami dan Ma (datang dari kampung) menjaga Afi bergilir-gilir.



Kesian Along dan Angah tak dpat nak main sama ngan Afi. masuk dalam wad pun kena tutup muka. untuk elak jangkitan. dan kami diarahkan oleh doktor untuk tidak melakukan aktiviti luar selama 6 hari bermula dos afi pada hari pertama sehingga habis.

Walaubagaimanapun aku terpaksa keluar juga untuk menguruskan perihal sekolah anak yang sulung dan ke-dua tu.

Hari ke 4, Afi dah pulih sepenuhnya cuma dos belum habis. perlu dihabiskan untuk mengelakkan sebarang sebaran wabak tu. sekembali ke rumah ubat terus di berikan walaupun dia menolak. Biasalah kan.. anak-anak.

Akhirnya, Afi pulih sepenuhnya...Alhamdulillah syukur kepada Allah semua dengan kehendak Ia jua.

Doa kami, Afi takkan demam cam tu lagi dah. tak nak lalui situasi cemas cam tu lagi.

Amin Ya Rabbal Alamin..