Salam semua,
Kali ini, musim cuti-cuti Malaysia aku bersama keluarga sebelah suami la pula. Bagi memenuhi masa cuti sekolah kali ni, Aku n Suami telah berusaha untuk sampai ke Bukit Gambang Resort City bagi memenuhi janji kami pada anak-anak tersayang.
Jadi tarikh 4 Disember 2010 yang lalu, aku sekeluarga telah berangkat ke Pahang..ape-apehal kami tidur di Jengka la..My HomeTown saja. Sampai umah Ma jam 3.00 pagi tuh..terasa penatnya sungguh mata. Manakala suami ku pula, sian dia..dari pagi hari hingga malam baru sudah untuk menyiapkan kerja-kerja mengecat kereta “Charade” kami.
Sekejap je tidur, Azan Subuh dah pun dengar berkumadang mengejutkan kami. Anak-anak masih tidur aku, lalu aku bangun ke dapur..jumpa Ma tengah masak Nasi lemak tu. Siap solat aku kejutkan anak-anak untuk bersiap-siap untuk perjalanan ke Kuantan pula.
Sesampai di Bukit Gambang resort City, Kuantan “ Ramai sungguh orang!!”. Sesampai je di laluan pembelian tiket terserempak ngan adik-adik ipar dan Mak Teh suami ku anak beranak. Nasib baik jumpa kat situ. Kalau masuk dalam baru nak cari alamatnya memang tak jumpa kut. Pasal ramai la orang pagi tu.
Di Pintu masuk Bukit Gambang Resort City,Kuantan |
Pemandangan dari Pintu masuk |
Dah tak sabar-sabar dah nak mandi tu. |
Ada la beberapa klip gambar sempat di ambil sebab h/p dah duk dalam beg. Disebabkan kami lewat tak de pula tempat nak kami berteduh. Alih-alih kami letak barang bawah pokok aje la.
Menari ke irfan?? syok nye nak mandi-manda yea.. |
Dari Jam 10:12 kami tiba sampai jam 02:30 petang aku sekeluarga dah tak larat dah, lalu kami pack barang kuar makan kat parking lot aje. Nasib baik Ma bekalkan nasi lemak tadi pagi. Leh makan anak-beranak kami aje la. Yang lain-lain masih di dalam. Sambil menunggu sempat gak kami lelapkan mata sebab kepenatan..
Dah penat mandi..so makan time..bawa bekal.jimat sikit. |
Makan dek jangan tak makan |
Aik apesal senyum cam tak jadi je dik?? |
Last2 diaorang pun kuar dari resort tu..kami pun terus bergerak ke Taman Teruntum, Kuantan. Sesampai je kat sana dah nak kat Maghrib. Ikutkan perancangan diaorang nak ke Tanjung Lumpur makan ikan bakar, tapi aku sekeluarga singgah ke rumah Mak Teh di Semambu.
Taman Teruntum Kuantan |
Dari kiri : Zali(suami ecah), Ecah, Hafsah (isteri Boy), Aku n Afi, Mak teh, Aidil,Ady |
Lebih kurang 10 min dari Taman Teruntum aku dah sampai ke umah Mak Teh. Selesai solat Maghrib aku sekeluarga di jemput makan malam oleh Mak Teh. TQVM to Mak Teh..
Sempat berehat kat Umah Mak Teh Han |
Ini la kedai Makan Ikan bakar petai di Tanjung Lumpur,Kuantan |
Sempat juga kami singgah di pinggir kuala, Bandar kuantan tu. Tapi sama gak la. Aku tak dapat turun sebab Afi n Ajiq lak tido. Along A’an dah merayap ikut ayahnya. Tengok la tu, membidik ape entah!!
Dipendek cerita,
Esokkan pagi kami bersiap pula, untuk berkelah di Pantai Cherating. Best la..seronok tengok anak-anak seronok..
Kira perjalanan pergi balik kali ni Alhamdulillah mengikut perancangan dan cuaca pula bagaikan amat mengalu-alukan kedatangan kami. Cerah!! Tiada hujan.
Ketemu lagi kita di Percutian yang akan datang insyallah..