Thursday, December 9, 2010

Bercuti di Bukit Gambang Resort City, Kuantan,Pahang..Bestt!!

Salam semua,

Kali ini, musim cuti-cuti Malaysia aku bersama keluarga sebelah suami la pula. Bagi memenuhi masa cuti sekolah kali ni, Aku n Suami telah berusaha untuk sampai ke Bukit Gambang Resort City bagi memenuhi janji kami pada anak-anak tersayang.

Jadi tarikh 4 Disember 2010 yang lalu, aku sekeluarga telah berangkat ke Pahang..ape-apehal kami tidur di Jengka la..My HomeTown saja. Sampai umah Ma jam 3.00 pagi tuh..terasa penatnya sungguh mata. Manakala suami ku pula, sian dia..dari pagi hari hingga malam baru sudah untuk menyiapkan kerja-kerja mengecat kereta “Charade” kami.

Sekejap je tidur, Azan Subuh dah pun dengar berkumadang mengejutkan kami. Anak-anak masih tidur aku, lalu aku bangun ke dapur..jumpa Ma tengah masak Nasi lemak tu. Siap solat aku kejutkan anak-anak untuk bersiap-siap untuk perjalanan ke Kuantan pula.

Sesampai di Bukit Gambang resort City, Kuantan “ Ramai sungguh orang!!”. Sesampai je di laluan pembelian tiket terserempak ngan adik-adik ipar dan Mak Teh suami ku anak beranak. Nasib baik jumpa kat situ. Kalau masuk dalam baru nak cari alamatnya memang tak jumpa kut. Pasal ramai la orang pagi tu.
Di Pintu masuk Bukit Gambang Resort City,Kuantan


Pemandangan dari Pintu masuk

Dah tak sabar-sabar dah nak mandi tu.

Ada la beberapa klip gambar sempat di ambil sebab h/p dah duk dalam beg. Disebabkan kami lewat tak de pula tempat nak kami berteduh. Alih-alih kami letak barang bawah pokok aje la.
 
Menari ke irfan?? syok nye nak mandi-manda yea..

Dari Jam 10:12 kami tiba sampai jam 02:30 petang aku sekeluarga dah tak larat dah, lalu kami pack barang kuar makan kat parking lot aje. Nasib baik Ma bekalkan nasi lemak tadi pagi. Leh makan anak-beranak kami aje la. Yang lain-lain masih di dalam. Sambil menunggu sempat gak kami lelapkan mata sebab kepenatan..
Dah penat mandi..so makan time..bawa bekal.jimat sikit.

Makan dek jangan tak makan
 
Aik apesal senyum cam tak jadi je dik??


Last2 diaorang pun kuar dari resort tu..kami pun terus bergerak ke Taman Teruntum, Kuantan. Sesampai je kat sana dah nak kat Maghrib. Ikutkan perancangan diaorang nak ke Tanjung Lumpur makan ikan bakar, tapi aku sekeluarga singgah ke rumah Mak Teh di Semambu.
Taman Teruntum Kuantan



Dari kiri : Zali(suami ecah), Ecah, Hafsah (isteri Boy), Aku n Afi, Mak teh, Aidil,Ady














Lebih kurang 10 min dari Taman Teruntum aku dah sampai ke umah Mak Teh. Selesai solat Maghrib aku sekeluarga di jemput makan malam oleh Mak Teh. TQVM to Mak Teh..  


Sempat berehat kat Umah Mak Teh Han


Ini la kedai Makan Ikan bakar petai di Tanjung Lumpur,Kuantan
Sempat juga kami singgah di pinggir kuala, Bandar kuantan tu. Tapi sama gak la. Aku tak dapat turun sebab Afi n Ajiq lak tido. Along A’an dah merayap ikut ayahnya. Tengok la tu, membidik ape entah!!



Dipendek cerita,

Esokkan pagi kami bersiap pula, untuk berkelah di Pantai Cherating. Best la..seronok tengok anak-anak seronok..






Kira perjalanan pergi balik kali ni Alhamdulillah mengikut perancangan dan cuaca pula bagaikan amat mengalu-alukan kedatangan kami. Cerah!! Tiada hujan.

Ketemu lagi kita di Percutian yang akan datang insyallah..

Monday, November 8, 2010

Jalan-jalan di Genting Highland (Family)


5 Nov 2010 :: Happy Deepavali

Tiga hari cuti ; jumaat , sabtu & ahad..nak ke mana ye??

Kalau ikutkan perancangan asal, kami akan berangkat ke Perlis/Kedah pada 05-07 November 2010 untuk program Treasure Hunt CIDB 2010. tetapi disebabkan oleh banjir yang melanda negeri-negeri tu, so postpone tarikh ke bulan 12 pula.

So ke mana ye??

Tetiba je suami ku mengutarakan untuk bawa anak jalan-jalan..ye la kesian bebudak..tak bawa jejalan diaorang tentu boring. GENTING HIGHLAND. I think it’s a good idea...

Aku pun bersiap2 la ape yang patut.

Cuaca memang tak panas..redup aja. Sampai di Tol Gombak “Banyak pula kereta, nak ke mana la ramai-ramai ni??”, terdetik hati aku. Oh! Lupa hari ni deepavali sure ramai nak beraya kan. Fikir orang..yang kami ni nak ke mana?? Cam tu la juga pengguna jalan yang lain..ish!! sudah menerewang...

Anak-anak aku, cam biasa asal la masuk je dalam kereta diaorang tetap rasa cam masih dalam rumah...main ..main..main....aduh sampai tahap aku malas nak tegur.. “nak buat ape buat la Nak..Ummi nak tenangkan fikiran nih”.

Sampai di Genting sempah dah...Corner punya corner..meluncur laju saje Audi A6 kami ni..Well!! Suami ku memang ku kenal ngan feel nye bila panjat bukit gunung ni..lagi dia layan..dia punya layan..anak-anak kat belakang pun tunggang-langgang, jenuh aku pesan kat along n angah duduk diam-diam masa ayah korang lap ni..dia dah layan cam F1 aku rasa.


ni baru sikit keretanya..kat atas lagi beratur



Sampai je kat apartment Ria tu....aduhyai!! cam pas button lak..kereta berderet berhenti kat tepi.....Jammmed!! alih-alih sedar tak sedar kereta kami pun turut terkurang air nya..so Suami ku bertindak segera dan berhenti tepi..sejuk kan enjin.

Jalan Jam..Overheat enjin dibuatnya.


Alhamdulillah!! Selesai aje suami ku Solat Jumaat di Masjid kat Balai polis tu..kereta dah ok..sementara tu aku n anak-anak stay aje la kat situ..

Amboii pasal posing...serah lah kat diaorang
Nak bawa adik ke mana tu???


Afi & Ayah...

Afi & ummi..





ish!!! anak-anak ni..nasib baik badan balance..kalau idak..tumbang




Cam model la ayah & anak2..untuk majalah PaMa ni!!  he he he
Di pendek kan cerita seronok la dapat bawa anak-anak ke sini sebab diaorang happy..Cuma Afi aje..tak mau turun sangat ..asyik nak peluk aje..Sejuk rasanya...he he he..

Dah time balik..sekejap je kat atas tu..sejuk2 ni mata dah mengantuk pula.
On da’ way turun..Along n Angah...dah tidur la pula..penat sungguh la tuh..ape tak nye tak duduk diam seminit.!!

By da’ way enjoy with a few picture on this.

C u in da’ Next vacation..Insyaallah!!



Nyaman nye...cuaca sejuk..

Monday, November 1, 2010

Cameron Highland...kami datang!!!

Terlalu lama rasanya aku tak sampai ke Cameron Highland, kali terakhir kami ke sana masa anak kecilku baru berumur 5 bulan.Kini dia dah pun 1 Tahun 7 Bulan. Tapi kali ni kami ke sana tidak bersama anak-anak, cuma kami berdua. memandangkan kami menaiki motorsikal. tapi tak pe, Insyaallah ayah ummi akan bawa anak-anak next week ke Kedah/Perlis pula.

Jam 7.30 pagi itu, kami menuju terus ke Hentian sungai Buloh dan sebelum itu berhenti  mengisi minyak di Shell, Jalan Duta. Kami yang terawal sampai..."we always be the first in right place". So sementara menanti kami mengadap la dulu sarapan pagi, cuma pekena meehoon goreng dan teh 'o'. tak berapa lalu la..perut cam rasa ada kupu-kupu pagi...hu hu hu..ye la kan baru first time naik Honda CBR 1000F ni.. 
Terasa kuasa nya berbeza dari moto sebelum ini yang pernah aku bonceng. Bukan tunggang ye!!
Lebih stabil dari Suzuki SRAD 750 yang sebelum ini, so relaxed is the riding position and so limitless the engine, that 115mph cruising feels like nothing.
Buah hati baru kami :: HONDA CBR 1000F

Sabar menanti kawan-kawan yang belum tiba.

Sebelum bergerak, sempat lagi posing!!

Jam 9.10 pagi, setelah sekian lama menanti dan menanti, masa yang ditunggu-tunggu pun tiba. kami ke motosikal masing-masing bagi mengenakan jaket keselamatan dan helmet. aku sempat mengambil beberapa moment persediaan dan deretan motorsikal yang akan menyertai konvoi kali ini.

Diketuai Oleh Abang Ghani, serta bacaan doa selamat dari Abg haji (nama tak sure) kami bergerak ke lebuhraya membelah laluan yang tak berapa panas cuacanya.




Deretan Motorsikal yang bakal melalui Lebuhraya Utara-Selatan menuju ke Cameron Highland
Masa atas motorsikal tak lama sekejap saja kami dah sampai di Hentian rehat rawat Tapah, untuk mengisi minyak dan mengambil peluang untuk melepaskan dahaga serta buat apa-apa la yang patut.

kat sini pun satu kali lagi menanti, masa terbuang cam tu je la..sebab ramai kalau sebiji dua senang cerita..ini 18 buah, so sabar aje la...aku n kak aida sementara menunggu minum sebotol sorang air untuk menghilangkan haus tekak.


Berhenti Isi minyak, minum hilangkan dahaga di Petronas, Tapah


Bersedia untuk meneruskan perjalanan


Suami Ku, Honda CBR 1000F dan ....
Jam 11.30 pagi kami gerak terus ke Simpang Pulai.

Melalui jalan Simpang Pulai kami naik ke Cameron ni, dengan keadaan cuaca yang tak panas dan mendung tak bererti hujan ni ia amat selesa dan tak terasa penat pun duduk di belakang.

tersermapak juga kami dengan group motor yang lain yang juga menuju ke satu tujuan.

Sementara menanti lagi 4 buah motor yang belum sampai.
Sedang Suamiku membawa dengan penuh fokus dan berkeyakinan melalui selekoh demi selekoh, Abang Ghani yang telah tiba awal menunjukkan isyarat berhenti buat sementara waktu menanti yang lain belum tiba.

Sambil memerhatikan keindahan alam, kabus yang menutupi bukit-bukau ni terasa nyaman mata memandang.

Me n Kak Aida

Pemandangan yang nyaman dan menenangkan

Berehat sebentar sebelum ke Puncak
 Semua dah tiba, kami meneruskan kembali untuk sampai ke puncak.
  
Di Avant Chocolate, Cameron Highland
 
masa membeli buah tangan
 
 Tiba di Avant Chocolate, Kampung Raja, Cameron Highland kami berhenti sebentar. Sempat aku ke dalam salah satu kedai di situ untuk membeli buah tangan untuk di bawa balik ke Kuala Lumpur. Chocolate Strawberi dan Teh saja la yang boleh muat tank bag aku ni hah.

Posing wat kenangan

 Jam dah  menunjukkan 1.00 tengahari, apa lagi memandangkan semua orang dah mengadu lapar...ye la kan, tadi kul 9 pagi makan. Ni dah 4 jam  berlalu, lemak yang ada pun dah terbakar dek kerana vibrate duk atas motor tu, so kalori dah kurang. jadi semua orang dah peringkat tak leh tahan. Menyinggah di sebuah kedai, sedang elok lauk-pauk yang di letakkan di meja buffet panas-panas lagi. Maka kami semua mengisi perut dahulu sebelum bertolak kembali ke KL.



Luch time!!! lapar betul rasanya...


 Kalu ikut agenda nye nak naik atas lagi, tapi memandangkan tengok awan dah gelap menutup matahari nun jauh di sana, kami semua berfikir ada baiknya terus aje berangkat turun ke Simpang Pulai dan solat Zohor sahaja di sana.

Udara sejuk menuju masuk dari celah-celah sisi helmet, dek angin yang menerjah masuk diruang yang ada membuat badan kami kurang sikit hangat kesan panas enjin di bawah kami. Suami ku mengarahkan aku agar mengikut rentak dan gerak badan agar sama dengannya ketika melalui cerunan jalan yang berliku-liku  untuk mendapatkan kestabilan ketika menuruni jalan tersebut.



Surau Zainuddin, Simpang Pulai

Sampai di kaki bukit Simpang Pulai, kami sempat menyinggah di surau ini untuk mengerjakan solat. kesempatan itu, aku ambil peluang untuk berehat seketika.

Masa berlalu dengan pentas sekali rasanya, selesai solat kami bersedia untuk pulang ke Kuala Lumpur. Perjalanan ni memang betul betul kategori ukur jalan la. tapi itu dah minat suami dan aku kan, so harung je la. sekurang-kurangnya kami merasai keseronokan bersama-sama.

Tapi dalam berseronok ni, abang haji punya motor mengalami sedikit kerosakan pada bearing tayar. jadi kami sama-sama mengiringi abang haji tadi e bengkel berdekatan untuk dibaiki. mungkin esok siap la tuh!!

Kembali menyelusuri Lebuhraya utara-selatan, kami menuju ke hentian seterusnya untuk pekena Mee Rebus pula di Tapah. kira-kira semeter dari tol tapah ada sebuah Restoran Mee Rebus yang terkenal di kawasan itu. Memang best siap sempat tonton Transformer : Revenge of the Fallen sampai habis yang ditayangkan di HBO kat kedai tu.

Dah selesai makan mee rebus , ada gak yang makan mee bandung..sedap!! betul la kata sini glamour pasal mee nye, kira-kira jam 5.30 kami bertolak ke Kuala Lumpur.

Berhenti sekejap isi minyak di hentian rehat.

Dipendek cerita kami sampai rumah jam 7.30 malam, jejak je kaki dalam rumah, Aduhyai!! baru terasa penat badan dibuatnya. Lepas siap bersihkan badan dan solat maghrib aku langsung terus ambil anak di rumah pengasuhnya.

Anyway..keseluruhan perjalanan hari ini memang best ...sebab lama dah tak ride...sengal leher aku dek kerana kelajuan 260mph paling maksimum yang tak pernah aku rasa..by the way..

Memang Best!!! Thank You Ayang.....
Tak dapat bawa, bonceng pun jadi la...

---- daaa see u in da' next trip ----