Friday, April 20, 2012

Tahun 2012


Assalamualaikum,

            Lama sungguh aku tidak mencoretkan sesuatu di ruang ini. Titipan akhir untuk dibaca kali hanyalah pada 20 Oktober 2011 yang lalu berkisar mengenai coretan berada di Pulau Pangkor bagi menghadiri Team Building anjuran CIDB. Satu pengalaman menarik bagi ku.

Terima kasih Allah dan Suami ku.

            Kini aku melangkah kembali ke sini demi mencurahkan sedikit luahan hati dan pengalaman seawal tahun 2012 yang telah aku laluinya sehari-hari bersama Suami, anak-anak dan rakan sekerja ku.

            Januari  2012, kesibukan bermula untuk menguruskan proses kemasukan sekolah anak-anak ; Razman dan Raziq. Razman anak sulungku telah menaiki kelas tahun 2 Dedikasi di Sekolah Kebangsaan Taman  Nirwana, Ampang. Dan Raziq pula aku masukkan dia di Tadika Agama An-Nur, Kampung Cheras Baru.

            Razman ,
                        Anak sulungku ini, pada awal persekolahanya dia tidak berapa gemar dengan suasana sekolah barunya yang jauh dari kawasan rumah kami. Namun semangat sekolah itu telah meresapi masuk dalam jiwanya yang mana aku lihat dia sudah mulai serasi dengan persekitaran dan pergaulan dengan kawan-kawan baru. Tatkala itu, dia kini mampu mengorak langkah untuk naik kelas dari 1 Ilmuan (kelas ke 9) ke 2 Dedikasi (kelas ke 4) dengan berkat usahanya serta kehendak Allah yang maha pengasih. Dari riak wajahnya dia amat bersungguh-sungguh dalam menghadiri sesi tahun 2012 ini.

            Raziq,
                        Anak ke-2 ku ini pula lain kisahnya. Ye la..fahamlah kita sebagai Ummi memang dugaan untuk setiap anak-anak berbeza-beza. Dia ku lihat berbeza perwatakan nya. Disangkakan dia berani menghadapi situasi baru di Tadika Agama An-Nur  ini tetapi rupa-rupanya dia tidaka dapat mengawal perasaan takutnya. Tahun 2011, aku sekolah kan dia di Tadika Perpaduan. Saja aku tukarkan tadika demi memberi dia peluang merasa suasana berbeza-beza. Hari pertama di Tadika....dia menangis..kasihan aku melihatnya.

                        Tapi selang 2 hari, aku curi-curi lihat di luar tingkap Tadika, dia dah boleh mengawal emosi dan keseronokan terpancar di riak wajahnya. Senang hati Ummi Nak!!.

            Februari 2012, Persekolahan berlangsung seperti biasa, rutin kerja harian ku pun sama. Cuma bulan ni sibuk dengan urusan di ICW2012. Menarik pengalaman itu, kerana berada di satu majlis besar yang berlangsung di KLCC.

            Di bulan Februari 2012, Suami dan aku telah mengambil peluang untuk sekali lagi menjelajah highway Kuala lumpur sehingga ke Hatyai dan Songkla , Tailand yang bermula pada 4 feb 2012 dan berakhir 6 Feb 2012. Kali ni aku tinggalkan anak-anak bersama ibu mertuaku di Taman Cempaka sahaja, tidak seperti kebiasaan aku ride aku tinggalkan mereka di Jengka 20. Alhamdulillah semua berjalan dengan baik. Pergi dan balik aku layan perjalanan tu tanpa ada rasa mengantuk (eh iye ke..??)

 Sedikit bingkisan dari aku untuk tatapan:

Sebelum masuk ke Sempadan. nak beli insurans jap..nampak di belakang tu fajar dah menyising


Setiba di Border Dannok, Thailand

Besar juga bilik hotel ni.

Suasana di sekitar Bandar Hatyai, sambil berjalan kaki mencari makan, lenguh juga kaki!!!

Akhirnya sampai juga kat kedai makan ni
Cu tengok ape dia buat!! 


Miow Miow....

Ada lagi ke ayang Baht nye?? nak beli lagi ni

Berhenti rehat ..kita minum dulu

Pulut

Standby ..dah nak balik

POSING TIME



            Mac 2012, pejam celik pejam celik dah bulan Mac kan!! Sekejap je masa berlalu.  Bulan ini aku dah stabil dari segi emosi, kewangan (alhamdulillah) dan kesihatan juga alhamdulillah. Syukur Allah masih panjangkan umur ku untuk terus mencari rezeki dan beramal kepada mu Ya Allah!!

            Peluang selepas gaji, untuk pertama kali dalam tahun 2012 ni aku keluar ke Jalan TAR untuk shopping....hah Shopping!! Dengar U kalau shopping tu sure belanja sakan kan tapi Aku tidak. Harus bajet-bajet. Setelah buat temujanji dengan Rina (sahabat ku) jumpa di SOGO, maka berjalanlah kami ke satu kedai ke satu kedai. Jiwa wanita memang bergelora  melihat kemeriahan warna warni ceria kain-kain yang bergantungan itu. Tapi dengan berkat duit yang di bawa Cuma RM50.00 maka mata aku Cuma terus menumpukan kepada apa yang aku cari sahaja.

               Alhamdulillah selamat berbelanja..kami makan KFC di Maju Junction. Terima kasih to Nurul Hayati sebab tumpangkan aku ke sana , fiza dan Rina tq sebab bawa aku ke kedai-kedai yang murah-murah ni. Lain kali kita keluar lagi ye. Insyallah!!

            April 2012, kini dah pun masuk April. Aku ada nak beritahu pengalaman baru yang aku dapat pada tahun bertuah ini iaitu aku dah pandai bawa motor. Hah !! kepada yang memang dah biasa bawa motor memang tak terkesan la kan. Tapi bagi aku yang memang sebelum ni ala-ala aje bawa motor cam bawa basikal dengan tak de keyakinan, tetapi sekarang aku dah berubah. Alhamdulillah berkat pertolongan daripada Allah s.w.t dan dorongan berterusan dari suami ku untuk membakar semangat aku membawa motor akhirnya...aku BERJAYA!! Alhamdulillah.
                       
              Teringat pula ketika aku mula-mula menekan pedal minyak kereta, itu la kali pertama aku merasa membawa sendiri kenderaan ... itu pun berkat pertolongan daripada Allah s.w.t dan dorongan berterusan dari suami ku dan semangat aku untuk membawa kereta atas dasar untuk membantu keluarga. Aku harap aku dapat memegang prinsip itu berterusan.


              Dalam sibuk-sibuk kerja dan agenda seharian, aku juga selitkan jadual ku untuk menyertai pertandingan boling anjuran Pusat IBS. Sekretariat nye adalah Aku. Kak azizah pun turut memberi banyak jasa baik dia dalam melaksanakan pertandingan tersebut. Seronok suatu pengalaman baru dalam mengendalikan Tournament Bowling. siap bawa pemain jemputan lagi...Suami ku dan Rina di datangkan khas dari Nilai.




nak tengok kemeriahan nya ; ENJOY!! 


dengan Deena 

Siap sedia tu..tukar kasut

Add caption

Aksi Shahril melepar bola

Puan Rina

Strike la tu..senyum panjang

Puan Noraini, Pengurus Besar Pusat IBS

Warga Pusat IBS dan kekawan yang menyertai tournament Bowling Pusat IBS 2012


Ingat nak bawa balik bole ni sebab kalah..tapi tak leh


Hadiah-hadiah kemenangan dan kekalahan pun ada..jangan tak tau!!


           
              Agenda seterusnya, hujung bulan April ni akan berlangsung Pesta Buku di PWTC bermula 27 April -6 Mei 2012. Insyaallah kalau ikut ape yang dirancangkan aku dan Rina telah membuat keputusan untuk mencari buku-buku yang berfaedah di sana nanti. Semoga apa yang dirancang akan dimakbulkan oleh Allah s..w.t. Anyway kepada sahabat taulan semua, mari kita ke Pesta BUKU !! 


ini laman web Kalendar event PWTC: 


http://www.pwtc.com.my/calendar/2012/apr/index.html 

                        Untuk kesekian kalinya, aku tutup tirai coretan pertama setakat di sini dulu. Insyaallah sekiranya ada bingkisan pada masa akan datang akan aku lakarkan menjadi suatu yang manis untuk tatapan anda sesiapa yang sudi membaca.

Akhir kata Zikir Taubat dijalinkan untuk sama-sama kita usahakan untuk diingati setiap masa.

~ Ampunilah Hamba Ya Allah Maha Penerima Taubat
~ Ampunilah Hamba Ya Allah daripada Segala dosa
~ Tambahkan kepadaku ilmu yang berguna
~Dan berikanlah aku amalan yang dimakbulkan
~ Dan kurniakan lah kepada ku rezeki yang  meluas
~ Dan perkenankanlah taubatku dengan taubat Nasuha

~Amin~