Monday, November 1, 2010

Cameron Highland...kami datang!!!

Terlalu lama rasanya aku tak sampai ke Cameron Highland, kali terakhir kami ke sana masa anak kecilku baru berumur 5 bulan.Kini dia dah pun 1 Tahun 7 Bulan. Tapi kali ni kami ke sana tidak bersama anak-anak, cuma kami berdua. memandangkan kami menaiki motorsikal. tapi tak pe, Insyaallah ayah ummi akan bawa anak-anak next week ke Kedah/Perlis pula.

Jam 7.30 pagi itu, kami menuju terus ke Hentian sungai Buloh dan sebelum itu berhenti  mengisi minyak di Shell, Jalan Duta. Kami yang terawal sampai..."we always be the first in right place". So sementara menanti kami mengadap la dulu sarapan pagi, cuma pekena meehoon goreng dan teh 'o'. tak berapa lalu la..perut cam rasa ada kupu-kupu pagi...hu hu hu..ye la kan baru first time naik Honda CBR 1000F ni.. 
Terasa kuasa nya berbeza dari moto sebelum ini yang pernah aku bonceng. Bukan tunggang ye!!
Lebih stabil dari Suzuki SRAD 750 yang sebelum ini, so relaxed is the riding position and so limitless the engine, that 115mph cruising feels like nothing.
Buah hati baru kami :: HONDA CBR 1000F

Sabar menanti kawan-kawan yang belum tiba.

Sebelum bergerak, sempat lagi posing!!

Jam 9.10 pagi, setelah sekian lama menanti dan menanti, masa yang ditunggu-tunggu pun tiba. kami ke motosikal masing-masing bagi mengenakan jaket keselamatan dan helmet. aku sempat mengambil beberapa moment persediaan dan deretan motorsikal yang akan menyertai konvoi kali ini.

Diketuai Oleh Abang Ghani, serta bacaan doa selamat dari Abg haji (nama tak sure) kami bergerak ke lebuhraya membelah laluan yang tak berapa panas cuacanya.




Deretan Motorsikal yang bakal melalui Lebuhraya Utara-Selatan menuju ke Cameron Highland
Masa atas motorsikal tak lama sekejap saja kami dah sampai di Hentian rehat rawat Tapah, untuk mengisi minyak dan mengambil peluang untuk melepaskan dahaga serta buat apa-apa la yang patut.

kat sini pun satu kali lagi menanti, masa terbuang cam tu je la..sebab ramai kalau sebiji dua senang cerita..ini 18 buah, so sabar aje la...aku n kak aida sementara menunggu minum sebotol sorang air untuk menghilangkan haus tekak.


Berhenti Isi minyak, minum hilangkan dahaga di Petronas, Tapah


Bersedia untuk meneruskan perjalanan


Suami Ku, Honda CBR 1000F dan ....
Jam 11.30 pagi kami gerak terus ke Simpang Pulai.

Melalui jalan Simpang Pulai kami naik ke Cameron ni, dengan keadaan cuaca yang tak panas dan mendung tak bererti hujan ni ia amat selesa dan tak terasa penat pun duduk di belakang.

tersermapak juga kami dengan group motor yang lain yang juga menuju ke satu tujuan.

Sementara menanti lagi 4 buah motor yang belum sampai.
Sedang Suamiku membawa dengan penuh fokus dan berkeyakinan melalui selekoh demi selekoh, Abang Ghani yang telah tiba awal menunjukkan isyarat berhenti buat sementara waktu menanti yang lain belum tiba.

Sambil memerhatikan keindahan alam, kabus yang menutupi bukit-bukau ni terasa nyaman mata memandang.

Me n Kak Aida

Pemandangan yang nyaman dan menenangkan

Berehat sebentar sebelum ke Puncak
 Semua dah tiba, kami meneruskan kembali untuk sampai ke puncak.
  
Di Avant Chocolate, Cameron Highland
 
masa membeli buah tangan
 
 Tiba di Avant Chocolate, Kampung Raja, Cameron Highland kami berhenti sebentar. Sempat aku ke dalam salah satu kedai di situ untuk membeli buah tangan untuk di bawa balik ke Kuala Lumpur. Chocolate Strawberi dan Teh saja la yang boleh muat tank bag aku ni hah.

Posing wat kenangan

 Jam dah  menunjukkan 1.00 tengahari, apa lagi memandangkan semua orang dah mengadu lapar...ye la kan, tadi kul 9 pagi makan. Ni dah 4 jam  berlalu, lemak yang ada pun dah terbakar dek kerana vibrate duk atas motor tu, so kalori dah kurang. jadi semua orang dah peringkat tak leh tahan. Menyinggah di sebuah kedai, sedang elok lauk-pauk yang di letakkan di meja buffet panas-panas lagi. Maka kami semua mengisi perut dahulu sebelum bertolak kembali ke KL.



Luch time!!! lapar betul rasanya...


 Kalu ikut agenda nye nak naik atas lagi, tapi memandangkan tengok awan dah gelap menutup matahari nun jauh di sana, kami semua berfikir ada baiknya terus aje berangkat turun ke Simpang Pulai dan solat Zohor sahaja di sana.

Udara sejuk menuju masuk dari celah-celah sisi helmet, dek angin yang menerjah masuk diruang yang ada membuat badan kami kurang sikit hangat kesan panas enjin di bawah kami. Suami ku mengarahkan aku agar mengikut rentak dan gerak badan agar sama dengannya ketika melalui cerunan jalan yang berliku-liku  untuk mendapatkan kestabilan ketika menuruni jalan tersebut.



Surau Zainuddin, Simpang Pulai

Sampai di kaki bukit Simpang Pulai, kami sempat menyinggah di surau ini untuk mengerjakan solat. kesempatan itu, aku ambil peluang untuk berehat seketika.

Masa berlalu dengan pentas sekali rasanya, selesai solat kami bersedia untuk pulang ke Kuala Lumpur. Perjalanan ni memang betul betul kategori ukur jalan la. tapi itu dah minat suami dan aku kan, so harung je la. sekurang-kurangnya kami merasai keseronokan bersama-sama.

Tapi dalam berseronok ni, abang haji punya motor mengalami sedikit kerosakan pada bearing tayar. jadi kami sama-sama mengiringi abang haji tadi e bengkel berdekatan untuk dibaiki. mungkin esok siap la tuh!!

Kembali menyelusuri Lebuhraya utara-selatan, kami menuju ke hentian seterusnya untuk pekena Mee Rebus pula di Tapah. kira-kira semeter dari tol tapah ada sebuah Restoran Mee Rebus yang terkenal di kawasan itu. Memang best siap sempat tonton Transformer : Revenge of the Fallen sampai habis yang ditayangkan di HBO kat kedai tu.

Dah selesai makan mee rebus , ada gak yang makan mee bandung..sedap!! betul la kata sini glamour pasal mee nye, kira-kira jam 5.30 kami bertolak ke Kuala Lumpur.

Berhenti sekejap isi minyak di hentian rehat.

Dipendek cerita kami sampai rumah jam 7.30 malam, jejak je kaki dalam rumah, Aduhyai!! baru terasa penat badan dibuatnya. Lepas siap bersihkan badan dan solat maghrib aku langsung terus ambil anak di rumah pengasuhnya.

Anyway..keseluruhan perjalanan hari ini memang best ...sebab lama dah tak ride...sengal leher aku dek kerana kelajuan 260mph paling maksimum yang tak pernah aku rasa..by the way..

Memang Best!!! Thank You Ayang.....
Tak dapat bawa, bonceng pun jadi la...

---- daaa see u in da' next trip ----







2 comments:

  1. wah!!! bestnya...tak tau pulak roha aktif xtvt ni...akak and husband selalu teringin dari dulu nak buat xtvt ni....huhu belom kesampaian la....

    ReplyDelete
  2. Kira ni hobby suami la akak...I follow aje..
    Ini rezeki hari ini...alhamdulillah!!

    Takpe kalau akak ada peluang baiiikk tu esok lusa, bulan ni, thn depan ke sapa tau!!..boleh join venture ... roger2 yea..

    ReplyDelete